Sabtu, 9 Julai 2011

Kuasa Mata Pena


Mata pena itu sebenarnya amat tajam dan amat berkuasa. Jauh lebih tajam daripada mata pisau mahupun mata pedang. Mengapa saya katakan begitu? Kerana sebilah pisau hanya mampu mencederakan seorang individu dan hanya pada satu bahagian anggota badan dalam satu masa. Malah jika diubati akan sembuh dalam beberapa ketika. Akan tetapi mata pena mampu mengubah ratusan malah ribuan manusia dalam masa yang sama. Juga mampu membawa perubahan pada sistem hidup manusia sama ada secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran sehingga ke akhir hayat mereka.


Saya berikan beberapa contoh. Cuba singkap kisah silam. Perhatikan sejarah manusia masa lampau. Kita lihat bagaimana sejarah telah membuktikan bahawa kemerdekaan sesebuah negara juga banyak di bantu dengan kuasa mata pena. Menelusuri sejarah negara kita sendiri,ketika mana perundingan kemerdekaan yang telah diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Sebelum timbulnya idea untuk melakukan perundangan,langkah awal yang telah dilakukan adalah menanamkan semangat nasionalisme atau semangat cintakan negara dikalangan masyarakat.


Pada ketika itu terdapat tiga golongan intelek yang kerap menggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Golongan yang paling awal adalah golongan berpendidikan agama yang telah mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar,Mesir. Contohnya Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris manakala golongan ketiga adalah golongan berpendidikan Melayu. Mereka semua menggunakan teknik penulisan untuk menentang penjajah dan dalam masa yang sama menanamkan semangat nasionalisme.


Walaupun begitu,tidak dinafikan lagi bahawa contoh kuasa mata pena yang terbesar adalah kalamullah yang mulia. Melalui Rasulullah S.A.W,setiap huraian isi-isi al-quran telah disebarkan bermula dari tanah arab sehinggalah ke seluruh pelosok dunia. Berjuta-juta manusia yang kafir daripada zaman dahulu sehingga kini telah memeluk agama islam. Meskipun baginda telah wafat akan tetapi perjuangan baginda tetap di teruskan oleh insan-insan yang hidup pada zaman selepas baginda. Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala aali Muhammad…


Kesimpulan secara tuntas yang boleh diambil adalah mata pena mampu mengubah kehidupan manusia sama ada secara individu mahupun manusia sejagat. Maka tidak perlulah kita berasa rendah diri jika kita tidak berkebolehan daripada sudut pidato atau sebagainya yang melibatkan seni percakapan kerana dengan penulisan juga kita mampu merubah manusia lain dan memberi impak yang besar. Sebaik-baik penulis adalah yang menggunakan penulisannya untuk merubah manusia kepada yang lebih baik. Sekaligus mengajak manusia ke arah mentaati penciptanya yang Maha Esa.




Jumaat, 8 Julai 2011

Cinta Agung




Manusia itu cinta kerana jasa

Manusia itu cinta kerana cantik

Manusia itu cinta kerana ilmu

Semua itu punca

Pada terbitnya cinta


Wujudnya pada makhluk

Tidaklah padanya istimewa

Kerna ianya biasa

Seperti mana lazimnya

Ciptaan yg lemah lagi hina

Di beri nama manusia


Cinta pada manusia yg berjasa

Cinta pada manusia yg cantik

Cinta pada manusia yg berilmu

Tidaklah ianya hebat

Bukanlah ianya agung


Di sana ada satu zat

Yg lebih layak untuk d cintai

Yg lebih sempurna memenuhi punca

Yg lebih mengatasi pada segala

Pada munculnya cinta


Jasanya pada hamba2nya tidak berbelah bagi

Cantiknya tidak mampu d gambari

Ilmunya jauh mengatasi yg terdahulu mahupun yg terkini

Itulah ALLAH


Tuhan yg memberinya tanpa meminta

Tuhan yg wujudnya tanpa bermula

Tuhan yg agungnya mengatasi semua


Oh indahnya cinta pd yg Maha Mencintai...

Allahu akbar...

Allahu akbar...

Allahu akbar...


Khamis, 7 Julai 2011

Kalam Jiwaku buat Kalian dan Mereka



Saban hari dan waktu..

Mereka berkata tentang sesuatu..

Ada kelompok yang mengangguk setuju..

Ada pula yang menggeleng lesu.


Bagi aku itu bukan isunya..

Bagi aku itu bukan masalahnya..

Minda sudah dikurnia..

Tulang empat kerat diberi sempurna..

Perbincangan sudah dilaksana..

Resolusi sudah zahir ternyata..

Bahawa bagi RAKYAT ITU ADA HAKNYA.


Kata mereka perkumpulan itu ganas..

Tambah mereka ianya tidak berasas..

Mereka sangka mereka pintar..

Tapi kita tidak sekali-kali gentar.


Meskipun puluhan tahun mereka berkuasa..

Juga seluruh lapangan media di tangan mereka..

Biarlah segala jenis kekuatan dan kelebihan mereka ada..

Kita tetap perlu yakin pada satu perkara..

Mereka akan rebah tersungkur jua pada satu ketika.


Menelusuri pepatah melayu lama..

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.


Aku seru pada kalian..

NEGARA KITA PERLU DI PERTAHAN..

Ingat NEGARA MILIK RAKYAT..

Jangan sampai ia diperalat.


Mari sama-sama turun ke dataran..

Katakan kami benci ketidakadilan..

Laungkan kami benci penipuan dan penindasan..

Zahirkan pada mereka cinta kita pada keBERSIHan..

Serlahkan pada mereka satu kebangkitan..

Dalam satu pakatan menuntut ketelusan.



Sekian.


-hari jumaat penuh barakah,

1.10 pagi waktu Mesir,7 Julai 2011.


Pencinta keamanan dan keadilan,

Muhammad Firdaus bin Mohd Haron.


Remember this quotations :

"People should not be afraid of their governments,governments should be afraid of their people".


Thanks for reading..(",)