Rabu, 31 Disember 2008

Qunut Nazilah

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن
شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم
كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم
وَانصُرناَ عَلَيهِم
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!

Selasa, 30 Disember 2008

Palestin


lakaran namamu indah

jiwa rakyatmu tabah

luapan semangat yang makin bertambah

menepis jauh rasa lemah

serta perasaan ingin mengalah


walau tidak bersalah

saban hari tetap di tohmah

kian waktu terus di ratah

tidak terlintas untuk menyerah

malah gerakan intifadhah

makin meningkat dan terus bertambah


letupan bom makin menjadi-jadi

mengiringi insan Palestin yang terus pergi

balingan batu yang bertubi-tubi

menjadi senjata yang paling digeruni

buat puak yang menzalimi

serta dalang utamanya Yahudi


bangkitlah wahai kaum muslimin

kita doakan mereka serta kita jalin

semangat yang jitu dan ukhuwwah yang tulen

agar nasib umat islam terus terjamin

sepanjang masa sepanjang zaman

hingga berakhirnya segala kekejaman dan kezaliman

di sebuah negara yang di gelar Palestin

Isnin, 29 Disember 2008

Ya Allah..Selamatkan Rakyat Palestin..


Dunia sekali lagi menyaksikan kekejaman rejim zionis israel terhadap rakyat Palestin. Perkara yang berlaku bukanlah satu kejutan buat mereka dan umat islam lain malah sudah berpuluh-puluh tahun serangan demi serangan di lakukan. Perkara tersebut berulang dan berulang sehinggalah kini. Kalau di lakukan catatan secara tetap mungkin sudah jutaan manusia yang terkorban melalui krisis Palestin-Israel yang tidak sudah-sudah itu. Walau bagaimanapun umat islam di sana tetap terus berjuang mempertahankan kedaulatan negara mereka dan yang paling tepat adalah terus mempertahankan islam agar tetap terus berada di puncak.

Semasa catatan ini di tulis sudah 280 orang rakyat Palestin mati manakala 780 orang lagi cedera dek kerana pelancaran siri serangan jet pejuang Israel yang tidak pernah puas meratah umat islam di Palestin. Bilangan korban kali ini adalah yang terbesar pernah di catatkan sejak 60 tahun rakyat Palestin di tekan oleh rejim zionis. Pesawat-pesawat tempur Yahudi itu telah melakukan serangan secara besar-besaran pada 250 kawasan sasaran di Gaza yang dikatakan wilayah pentadbiran Hamas itu sejak kelmarin.

Oleh kerana banyaknya tempat-tempat penting Hamas seperti ibu pejabat keselamatan Hamas, sebuah masjid dan gudang farmasi yang hancur musnah di serang Israel maka ketua biro politik Hamas di Damsyik, Khaled Meshaal
, telah mengeluarkan satu usul pada pejuang Palestin untuk melaksanakan gerakan intifada baru. Israel yang mendapat sokongan padu daripada sekutu terdekatnya, Amerika Syarikat, menamakan operasi ketenteraan terbarunya yang tidak berperi kemanusiaan itu sebagai 'Operation Cast Lead'. Operasi itu bermula dengan serangan 60 jet pejuang ke atas 50 sasaran dalam masa beberapa minit.

Hamas pula membalas serangan yang di lakukan mereka dengan melancarkan 150 roket dan mortar ke bahagian selatan negara Yahudi. Walau bagaimanapun hanya seorang sahaja rakyat negara mereka yang berjaya dikorbankan manakala beberapa orang lagi cedera. Kempen pengeboman Israel terhadap Palestin bermula selepas tamat sahaja tempoh genjatan senjata antara kedua negara itu 8 hari lalu. Gencatan tersebut berlaku selama 6 bulan. Ianya juga berlaku 2 bulan sebelum berlangsungnya pilihan raya Israel.

Kekejaman yang berlaku antara rejim zionis Israel terhadap 1.5 juta penduduk Gaza yang sudah berlaku sejak sekian lama itu telah menyebabkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan pada Israel agar menghentikan operasi ketenteraan tersebut. Walaupun begitu, rasanya pembaca semua pun sudah sedia maklum apakah reaksi yang akan di tunjukkan mereka. Sudah pasti tidak semudah itu mereka akan berhenti. Mungkin selagi semua islam di Palestin tidak lenyap dari muka bumi ini maka selagi itulah mereka akan terus melakukan pembunuhan demi pembunuhan.

Rentetan daripada peristiwa kezaliman terbaru yang berlaku ini marilah kita semua selaku umat islam yang prihatin pada nasib umat islam sama-sama melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah agar nasib umat islam yang teraniaya di Palestin khususnya dan di tempat-tempat lain umumnya kembali terbela dan dapat melaksanakan syariat-syariat islam dengan lebih tenang.

Sabtu, 27 Disember 2008

Ma'al Hijrah -Satu Imbasan Satu Renungan-


Masa tidak pernah ingkar. Sentiasa taat bergerak dari satu saat ke saat yang lain seiring dengan kehendak Tuhannya Yang Maha Esa. Tidak pernah alpa walau sedetik. Tidak pernah berhenti walau sesaat. Cukup patuh dan tidak pernah lalai. Kita sebagai manusia yang selalu leka dan lupa sepatutnya memerhatikan serta memikirkan kejadian-kejadian Allah S.W.T. Sebenarnya tidak kurang banyaknya kejadian-kejadian Allah S.W.T yang boleh di jadikan sebagai pedoman dan panduan hidup.

Antaranya kejadian masa seperti yang diceritakan tadi. Kita boleh menjadikan ketaatan masa pada Tuhannya sebagai satu sumber inspirasi untuk menjadi insan yang lebih patuh pada Rabnya. Menjadi insan yang lebih gigih meneruskan kehidupan walaupun pelbagai ranjau dan halangan terpaksa ditempuhi. Masa terus maju dan maju sehinggalah hampirnya kita pada tanggal 1 Muharam atau lebih dikenali sebagai Ma’al Hijrah.


Marilah sama-sama kita imbas kembali peristiwa yang berlaku di sebalik sambutan Ma'al Hijrah. Satu ketika dahulu ketika islam semakin berkembang luas di Mekah, para pemuka-pemuka Quraisy telah mengadakan satu perjumpaan untuk membincangkan tentang islam, umat islam dan Nabi Muhammad S.A.W atas sebab mereka merasakan perkara ini boleh membawa kesan yang buruk kepada Kaum Musyrikin Mekah. Perjumpaan tersebut telah diadakan pada 26 safar pada tahun ke 14 kenabian di Dar An-Nadwah.

Turut sama hadir di dalam perjumpaan itu juga iblis yang menyamar sebagai Sheikh An-Najd (seorang tua dari An-Najd) untuk turut sama memberikan usul-usul jahat. Pada akhir perjumpaaan tersebut telah diterima pendapat Abu Al-Aswad yang mencadangkan agar Rasulullah S.A.W di buang negeri dan Abu Al-Muktari yang mencadangkan Rasulullah S.A.W dipenjarakan. Perkara tersebut diketahui oleh Rasulullah S.A.W apabila Allah S.W.T menyampaikan wahyu mengenai perkara itu melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.

Apabila berita tersebut diketahui Rasulullah S.A.W, baginda telah mengkhabarkan perkara tersebut pada sahabat karibnya Abu Bakar As-Siddiq a.s. Kemudian, mereka telah berkemas-kemas dan bersiap-siap untuk berhijrah ke Madinah atau pada ketika itu dikenali sebagai Yathrib. Rasulullah S.A.W telah memilih Saidina Ali untuk berbaring di tempat tidurnya pada malam baginda dan Abu Bakar hendak bertolak ke Madinah sebagai mengabui mata para kaum musyrikin Mekah yang hendak membunuhnya pada malam itu. Kesan daripada helah tersebut maka berjayalah Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar melepaskan diri ke Yathrib tanpa di sedari walau seorang pun daripada mereka.

Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar telah menuju ke arah selatan untuk menuju ke Gua Thur seraya tidur di sana selama 3 malam. Selama mereka berada di sana Asma' dan Aisyah telah membawakan bekalan makanan untuk mereka, manakala Abdullah bin Abu Bakar pula menjadi perisik pada mereka untuk mengetahui sebarang berita atau perkhabaran tentang Musyrikin Mekah dan Amir bin Fuhaira' pula menggembala kambing di sepanjang laluan yang di lalui Rasulullah dan Abu Bakar untuk menghilangkan segala kesan-kesan perjalanan.

Pihak Quraisy yang kecewa di atas kegagalan mereka menjejaki 2 orang yang amat dikehendaki itu telah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa sahaja yang mampu menjejaki mereka. Tawaran lumayan tersebut telah menarik minat Suraqah bin Malik yang telah berjaya menemui jejak-jejak mereka. Walau bagaimanapun hajat besar Suraqah bin Malik tidak kesampaian apabila beliau dan unta yang di tungganginya rebah ke bumi ketika dalam proses menjejaki Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar.

Nabi Muhammad S.A.W telah meneruskan perjalanannya bersama Abu Bakar dengan melalui beberapa perkampungan yang di antaranya ada yang bernama Tihama'. Walaupun pelbagai rintangan dan ujian terpaksa di lalui seperti ancaman binatang buas, binatang berbisa, melalui batu-batu kapur, lembah yang curam dan sebagainya mereka tetap terus menggagahkan diri dengan hanya berbekalkan iman dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

Akhirnya Rasulullah S.A.W telah tiba di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiul Awwal tahun ke 14 Kenabian, sebahagian ulama' mengatakan hari tersebut bertepatan dengan 12 Rabiul Awwal. Baginda telah menetap di sana selama 4 hari serta mendirikan Masjid Quba'.

Maka pada hari Jumaat, 16 Rabiul Awwal bergemalah alunan "Tola'al Badru 'Alaina" yang merupakan laungan nasyid selamat datang yang dialunkan khas daripada mereka untuk menyambut kedatangan Nabi Muhammad S.A.W diikuti laungan takbir. Rasulullah bersembahyang juma'at di Yathrib dan menukarkan Yathrib kepada Madinaturrasul atau Al-Madinah. Maka dengan rasminya tertegaklah negara islam Madinah dan dari saat itu jugalah bermulanya penyebaran islam ke seluruh dunia.

Oleh yang demikian, sempena kita menyambut Ma'al Hijrah sama-samalah kita imbas kembali segala jerih payah Rasulullah S.A.W menempuhi segala ranjau dan duri untuk berhijrah ke Madinah demi melihat islam tetap teguh berdiri sekaligus menjadikan ia satu titik tolak pada kita untuk berazam menjadi seorang islam yang lebih ta'at pada syariat islam menjelang Awal Muharam ini.

Salam Ma'al Hijrah..

Jumaat, 26 Disember 2008

Apabila Nabi di hina lagi..

Sebelum daripada ini kita sudah dikejutkan dengan berita mengenai penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W oleh beberapa orang kartunis berbangsa asing dari seberang laut. Baru-baru ini timbul lagi berita yang sedemikian rupa. Akan tetapi berita ini menjadi lebih mengejutkan apabila insan yang dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu berbangsa MELAYU.

Adibah binti Ahmad. Begitulah nama yang diberi. Tidak di sangka-sangka wanita ini satu ketika nanti akan mengemparkan media-media dengan satu kontroversi yang amat memalukan buat dirinya. Sila lawat..
http://adibahahmad.blogspot.com/(kini blog tersebut sudah di tutup)

Kalau diperhatikan post-post di dalam blog itu semuanya berunsurkan penghinaan kepada agama. Blog tersebut bukan sahaja berunsurkan penghinaan kepada Nabi, malah Al-Qur’an dan Allah S.W.T juga turut terlibat. Na’uzubillahi min zalik..

Kalau pembaca sekalian membaca post-post yang di tulis di blognya pasti ramai yang cukup marah dengan wanita ini. Penghinaan-penghinaan yang di buat cukup teruk. Tidak keterlaluan rasanya kita mengatakan bahawa dia telah kafir jika benarlah wanita tersebut yang melakukan penghinaan tersebut. Komen-komen yang di berikan pada post-postnya sudah cukup menggambarkan betapa marah dan geramnya pembaca-pembaca blognya pada dia. Semuanya berunsurkan sumpah-seranah dan ada juga yang ingin membunuhnya serta-merta.

Tahukah pembaca sekalian bahawa hukuman yang paling sesuai bagi mereka yang menghina Nabi adalah MATI???


“Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya”.

(Hadis riwayat Abu Daud)

“(Abdullah bin Abbas berkata) bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi SAW mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah SAW ia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Aku lakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, namun ia tetap melakukannya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah SAW bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal”

(Hadith riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)


Nas-nas hadith tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi SAW adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah SAW adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah SAW secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qath’i) dan tidak berubah

Mereka juga tidak di beri peluang untuk bertaubat dan hidup seperti insan biasa yang merdeka kerana hanya dengan hukuman mati sahajalah yang boleh menghapuskan dosa mereka daripada perbuatan tersebut.


“Tidak usah kamu meminta maaf kerana kamu kafir sesudah beriman”

(Surah At-Taubah:66)

“Sama sahaja bagi mereka kamu memintakan ampunan atau tidak bagi mereka. Allah tidak akan mengampuni mereka”

(Surah Al-Munafiqun:6)


Walaupun begitu tidak di nafikan bahawa wujudnya pihak lain yang menjadi dalang sebenar bagi kes ini. Tidak mustahil bahawa wanita tersebut telah di kambing hitamkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyebarkan penghinaan-penghinaan yang telah berlaku. Lagi pun saluran berita di TV3 ada menyebut mengenai nombor telefon yang disertakan di blog tersebut. Apabila pihak TV3 cuba menghubungi nombor itu bukan wanita tersebut yang menjawabnya akan tetapi sebuah syarikat kereta. Jadi kita serah sahajalah perkara ini pada Allah S.W.T. Jika betul pun wanita tersebut yang melakukan penghinaan itu maka kita pohonlah pada Allah S.W.T agar dia diberikan hukuman yang selayaknya dengan kesalahan yang telah dia lakukan.

Sebagai pengajarannya kita semua perlulah sentiasa berdoa pada Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati agar pegangan kita pada akidah yang tulen sentiasa terjaga sehinggalah tibanya saat kita meninggalkan dunia yang fana’ ini. Biarkanlah kita mati dalam keadaan yang baik seperti mana matinya orang-orang soleh yang terdahulu. Semoga Allah sentiasa menjauhkan kita daripada perbuatan-perbuatan yang boleh membangkitkan murka Allah S.W.T pada kita.


Khamis, 25 Disember 2008

Ada Apa Dengan 'Merry Christmas'??

Kita semua sedia maklum bahawa rakyat di negara kita terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Mahu tidak mahu kita perlu juga menyesuaikan diri hidup dengan mereka. Perkara itulah yang di sebut sebagai perpaduan antara kaum. Walau pun begitu, kita perlu ingat bahawa bukan semua perkara kita boleh lakukan demi mengeratkan hubungan antara kita dengan mereka. Di sana terdapatnya batasan-batasan yang perlu kita jaga dan pelihara selaku mereka yang beragama islam.

Hari Natal atau hari 'Christmas' pada tahun ini jatuh pada tanggal 25 Disember, hari khamis. Kebanyakan bandar-bandar di tanah air akan meriah dengan pelbagai pesta dan majlis untuk menyambut hari tersebut. Kita sebagai orang islam tidak sepatutnya menyertai mereka akan tetapi masih ada segelintir daripada kita yang tidak memahami perkara ini dan seterusnya ikut sama turut serta menyambutnya.

Tahukah mereka tujuan sambutan hari 'Christmas' bagi penganut kristian? Sambutan hari 'christmas' disambut adalah sempena untuk mengingati kelahiran Nabi Isa Alaihissalam. Bagi penganut Kristian nabi Isa adalah anak Allah. Perkara ini jelas disebut oleh Allah Ta'ala di dalam Al-Qur'an yang mana bermaksud:-



"Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak"

(Surah Maryam:88-92)


Sesungguhnya Allah tidak beranak dan diperanakkan. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:-


Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Satu, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".

(Surah Al-Ikhlas:1-4)


Menganut Kristian juga mengatakanTuhan itu tiga(trinity) iatu The Father, The Son and The Holy Spirit. Inilah kesilapan yang paling jelas di dalam agama mereka. Allah juga telah berfirman:-


Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam (Jesus) hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam dan (merupakan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Trinity)". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allahlah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah Dia sebagai Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).


(Surah An-Nisa':171)


Sesungguhya penganut Kristian tidak berhenti mengatakan Tuhan itu tiga sehinggalah ke hari ini. Oleh itu, Allah mengatakan mereka telah kafir dari agama yang diredhai Allah:


Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir daripada mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Surah Al-Ma'idah:73)


Dalil-dalil yang dibawakan di atas sudah cukup untuk memberi kefahaman pada kita bahawa haramnya kita menyambut hari 'christmas'. Oleh yang demikian janganlah kita mudah terikut-ikut dengan perayaan yang mereka sambut itu. Jangan kita sambut apa yang menjadi kebanggaan pada agama mereka akan tetapi sambutlah perayaan-perayaan di dalam islam yang dapat menguatkan lagi iman kita pada Allah yang Maha Esa. Moga Allah sentiasa menyelamatkan kita daripada amalan-amalan yang boleh merosakkan akidah kita sebagai muslim yang sejati. Amin..


Ahad, 21 Disember 2008

Khusyukkan Solatmu Wahai Sang Hamba


Solat adalah perkara yang paling penting bagi mereka yang beragama islam. Solat boleh diibaratkan sebagai tiang seri utama di dalam sebuah rumah. Yang mana apabila runtuhnya tiang seri utama itu maka akan runtuh jugalah rumah tersebut. Tiang-tiang seri yang lain tidak mampu untuk menanggung beban yang di tanggung oleh tiang seri utama dek kerana kecilnya saiz mereka berbanding saiz tiang seri utama.


Begitu jugalah dengan solat. Berbanding dengan amalan-amalan lain solat dikira sebagai amalan yang paling utama. Amalan yang pertama sekali disoal apabila kita dihadapkan di hadapan Allah S.W.T kelak juga adalah solat. Selagi mana tidak selesai solat kita dihisab maka selagi itulah amalan-amalan kita yang lain tidak diambil kira. Dalam solat pula kita amatlah di tuntut untuk khusyuk.

Firman Allah S.W.T yang mana bermaksud:-

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”

(Surah Al-Mu'minun:1-2)

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk"
(Surah Al-Baqarah:238)


Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang mana bermaksud:-

"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Yang dikatakan khusyuk dalam solat itu adalah hatinya sentiasa hidup,sentiasa merasakan takut serta malu pada Allah S.W.T dalam solat yang dilakukan. Segala urusan duniawi dilupakan sementara demi memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada Allah S.W.T. Penting tidak pentingnya khusyuk dalam solat ini sehingga Imam Ghazali menyatakan solat yang dilakukan tanpa khusyuk boleh dikira sebagai sia-sia sahaja. Fungsi khusyuk dalam solat bukanlah sekadar mengingati Allah semata-mata malahan juga untuk mencegah diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Oleh yang demikian penulis menyertakan di sini antara amalan-amalan yang insyaAllah dapat membantu pembaca-pembaca sekalian mendapatkan apa yang di panggil khusyuk di dalam solat. Sama-samalah kita amalkan.


1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar ketika solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apabila masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t.,rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut,kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat,merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasyahud melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar,berwarna warni,bertulis,lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.



Walau apa pun syarat yang paling utama untuk mendapatkan khusyuk ialah kemantapan iman dalam diri pada Allah S.W.T. Oleh sebab itu berusahalah untuk lebih mengenali Allah S.W.T agar rasa gerun pada Allah itu mudah untuk dihadirkan dalam solat kita. Rasa khusyuk dalam solat juga berkait dengan rasa takutnya kita pada Allah ketika di luar solat. Kebiasaanya mereka yang ketika di luar solat tidak mempedulikan arahan dan larangan Allah dalam amalan-amalan yang dilakukan maka amatlah sukarlah bagi mereka untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat dan begitulah sebaliknya.

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari bahawa dirinya diciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah serta mematuhi apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasulnya sahajalah yang akan mendapatkan khusyuk di dalam solat seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud:-

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya)"

(Surah Al-Baqarah:45-46)


Khamis, 18 Disember 2008

Boikot Jangan Tak Boikot

Jihad itu adalah suatu perkara yang wajib. Secara mudahnya perkara yang wajib adalah perkara yang mesti dilakukan walau apa jua halangan pun yang datang menimpa. Tapi yang menjadi masalahnya adalah melalui sudut apakah kita boleh melakukan jihad. Dengan cara apa dan bagaimana. Kita semua sedia maklum bahawa negara kita adalah negara yang aman damai. Bebas daripada sebarang unsur ancaman yang boleh mengganggu gugat kesejahteraan negara. Oleh yang demikian kita sukar mencari peluang untuk berjihad seperti para pejuang mujahidin di negara-negara lain.

Contohnya negara Palestin. Seperti yang kita tahu sentiasa di serang dan di ancam dari masa ke semasa. Jadi peluang kepada rakyat mereka untuk berjihad menentang puak kuffar terbuka luas. Malah kalau tidak mahu pun mereka sudah jadi seakan-akan terpaksa menentang mereka demi melihat keluarga mereka selamat. Jadi bagi kita yang tidak mempunyai peluang untuk berjuang seperti itu kita masih lagi berpeluang berjuang melalui sudut-sudut lain.

Apa yang penulis mahu huraikan di sini adalah mengenai jihad ekonomi. Contoh jihad ekonomi yang boleh dilakukan adalah dengan mengorbankan harta benda kita untuk membeli alatan perang mujahidin,menyediakan makanan untuk mereka dan sebagainya. Yang popular pada waktu sekarang adalah melakukan pemboikotan pada barang-barang tertentu yang didapati hasil jualan tersebut disalurkan pada pihak-pihak tertentu untuk membunuh orang-orang islam dan sebagainya.

Firman Allah Ta'ala yang mana bermaksud:-

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan rasulNya,kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi,serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah,mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)"

(Al-Hujurat:15)

Rasulullah juga ada menegaskan tentang jihad ekonomi dalam sabdanya yang mana bermaksud:-

"Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang pada jalan Allah,maka sesungguhnya (seolah-olah) dia sendiri yang keluar berjuang. Sesiapa yang menggantikan pejuang ketika ketiadaannya (pejuang) untuk menjaga keluarganya (keluarga pejuang),maka (seolah-olah) dia sendiri yang keluar berjuang"

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Walaupun masalah boikot ini menjadi satu perbincangan yang agak besar di kalangan ulama',ada yang kata wajib,ada yang kata harus dan sebagainya. Tapi secara jelasnya adakah kita sanggup menganiaya saudara seislam kita sendiri? Sanggupkah kita melihat mereka di bunuh dengan peluru-peluru yang ada sumbernya dari kita? Tergamakkah kita melihat mereka hancur di bom dengan bom yang juga ada sumbangannya dari kita?

Sebenarnya tidak dinafikan melakukan boikot adalah suatu perkara yang sukar lebih-lebih lagi kebanyakan barang-barang boikot itu adalah barang-barang yang berkualiti dan agak terkenal. Cumanya penulis ingin menyeru agar pembaca-pembaca semua melakukan boikot sekadar yang termampu(bagi yang xmampu boikot semua).

Biarlah boikot sedikit daripada langsung tidak. Sekurang-kurangnya ada pahala yang kita perolehi dari amalan tersebut. Lagi pun tidak rugi kita melakukan pengorbanan demi islam. Walau pun kita lihat ianya kecil tapi ingatlah ianya tetap di pandang oleh Allah sebagai satu pengorbanan kita pada agama dan akan di ganjari pengorbanan tersebut di akhirat kelak.

apabila kasut berterbangan..

Rakaman di atas menunjukkan seorang pemimpin yang amat di geruni oleh penduduk-penduduk dunia pada akhir zaman sedang berucap pada satu sidang wartawan.

Beliau telah di lempari dengan kasut oleh salah seorang wartawan yang berada disitu. Wartawan tersebut di dapati berbangsa Iraq. Walaupun balingan yang dilakukan sudah hampir menyerupai balingan seorang pemain besbol dek kerana kelajuannya yang agak melampau batas tapi tetap dapat dielak oleh pemimpin tersebut dengan gayanya yang agak selamba.

Tapi yang menjadi persoalan. Mengapakah pemimpin tersebut di lempari dengan kasut? Apakah kezaliman-kezaliman yang telah di lakukan oleh beliau pada penduduk dunia sehinggakan ada yang tergamak melempari kasut pada mukanya ketika majlis sedang berlangsung? Mungkinkah anak bangsa wartawan tersebut juga adalah antara mangsa kekejaman pemimpin tersebut? Sama-samalah kita fikir dan renungkan bersama..

Selasa, 16 Disember 2008

Wahai Pemuda

Wahai Pemuda

Tulang empat keratmu

Adalah kurnia

Yang amat berharga

Juga satu amanah

Yang perlu dipelihara

Daripada dosa dan noda



Wahai Pemuda

Lahirmu bukan sia-sia

Tujuan hidupmu penuh bermakna

Tiada makna jika habisnya usia

Tanpa curahan bakti dan jasa


Wahai Pemuda

Lihatlah anak bangsamu

Jangan biarkan mereka terus menunggu

Sirna bilik tidak akan cerah tanpa kehadiran lampu

Curahkan segala yang mampu

Dengan semangat yang penuh jitu

Demi melihat anak bangsamu bersatu padu


Wahai Pemuda

Tidak perlu kau lari

Kerana janji Allah itu pasti

Akhir hidupmu pastinya mati

Pastikan hidupmu penuh bakti

Jangan kalah dengan habuan duniawi

Demi kebahagian di akhirat yang kekal abadi


Isnin, 15 Disember 2008

Sembang-sembang Pasal Jin

Jin adalah sejenis makhluk Allah Ta'ala yang agak unik. Jin boleh menyamarkan dirinya dalam pelbagai rupa. Jin juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang mana tidak dipunyai oleh makhluk-makhluk Allah yang lain seperti manusia. Jin mampu terbang ke langit,menghilangkan dirinya,merasuki manusia lain dan sebagainya. Walau bagaimanapun,kaum jin telah dilaknat oleh Allah Ta'ala sehingga hari kiamat atas sebab kederhakaan yang telah mereka lakukan pada suruhan Allah S.W.T pada suatu ketika dahulu.



Maksud Firman Allah Ta'ala:-


"Allah berfirman: 'Apakah yang menghalangimu untuk bersujud(kepada Adam) pada waktu aku menyuruhmu?' Menjawab iblis: 'Aku lebih baik daripadanya,Kau ciptakan aku daripada api sedang dia Kau ciptakan daripada tanah'"


(Surah Al-A'raf:12)



Pada ketika itu jin merasakan dirinya lebih hebat daripada manusia. Jin merasakan ia tidak layak untuk sujud pada Adam kerana ia dicipta daripada unsur yang lebih hebat daripada manusia. Atas sebab itulah jin di laknat sehingga hari kiamat dan diturunkan ke atas dunia. Jin bertekad untuk menggoda seramai-ramainya kaum adam ke lembah kemaksiatan demi memastikan mereka semua akan turut serta bersama dengannya di dalam neraka kelak.


Jin berasal daripada Jan(bapa jin) yang lebih dikenali dengan gelaran Azazil. Mereka terbahagi kepada dua jenis iaitu jin islam dan jin kafir(syaitan). Seperti yang kita sudah sedia maklum asalnya jin itu daripada api(api biru).



Maksud Firman Allah Ta'ala:-


"Dan Dia(Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api"


(Surah Ar-Rahman:15)



Maksud Firman Allah Ta'ala lagi:-


"Dan Kami(Allah) menciptakan jin sebelum(Adam) daripada api yang sangat panas"


(Surah Al-Hijr:27)



Seperti juga makhluk-makhluk Allah yang lainnya. Mempunyai pelbagai puak,spesis,agama,kasta dan sebagainya. Begitu jugalah kaum jin. Mereka juga ada yang mempunyai kedudukan dan pangkat. Juga ada yang sekadar jin biasa. Mereka juga pendirian agama masing-masing seperti Buddha,Kristian,Islam dan sebagainya. Mempunyai pekerjaan harian masing-masing. Tidak jauh bezanya dengan manusia(dari segi aturan kehidupan).


Diriwayatkan dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah radiyallahu anhu: bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:


"Jin itu mempunyai tiga jenis. Satu jenis yang mempunyai sayap(yang berterbangan di udara,satu jenis yang berupa ular dan anjing dan satu jenis yang berpindah randah"



Jin suka tinggal di tempat-tempat yang kotor,tinggi dan sunyi. Antara tempat-tempat lepak yang menjadi kegemaran mereka ialah tandas,kubur,tempat sampah atas bangunan dan banyak lagi. Oleh sebab itulah juga orang-orang tua kita menegah kita(masa kecik-kecik dulu) supaya tidak bermain pada waktu maghrib. Sebab waktu tu kan tengah sunyi. Orang semua dok dalam umah siap-siap nak sembahyang maghrib apa semua.(kalau perasan,masuk perenggan ni da mula guna bahasa santai2 skit,sebabnya mula2 ingat post ni nak wat formal skit,tapi xble tahan,boring beb,nak tido rasa tulis,hu2..)


Makhluk jin ni dia suka sangat makan benda-benda yang ntah pape ntah. Antaranya dia suka makan tulang,kotoran-kotoran binatang dan asap. Agak-agak kita boleh tak nak makan benda-benda camtu. Makan benda-benda kotor gitu. Mau termuntah-muntah kalau di paksa jugakan,hu.. Eh,tapikan,ada je kaum manusia yang dia makan macam jin makan. Kan ada je kita tengok manusia-manusia yang berkepul-kepul asap keluar masuk hidung dia. Kan makan asap namanya tu kan.(jangan marah org isap rokok,hehe..)


Ahad, 14 Disember 2008

Bestnya Minum Coca-cola~

Korang semua mesti dah pernah minum air coke kan? Kurang-kurang pun mesti pernah minum sekali,betul tak? Jadi secara rambangnya penulis kira semua dah pernah rasalah betapa lazatnya sejenis air yang di panggil air coke nih. Penulis pun banyak kali dah minum air coke,tapi tak selalu la,kadang-kadang jek. Tu pun curi-curi,kalau dok kat umah susah sikit nak minum(sebab abah xbagi minum,hu2..)


Jadi dengan berbesar hatinya sudilah penulis ingin menceritakan pada pembaca semua betapa bagusnya kita minum air coke nih. (mesti korang kata,biar betul penulis nih?? minum air coke pun bagus ke?? xpe..tgu..) Mula-mula kita perhatikan dulu fakta kat bawah ni ye. Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke/Coca-cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba kita tu,Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya,adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke,ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang je setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke,skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.(Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi yang berperisa coke,haha..)

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup je tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.(Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!)


Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki.(bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin)pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun!!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid,mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wah!!


Minum Coke ni rasa cam kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otak pun kena tipu. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca(cocaine) dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu. Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke,pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi,try cara ni,kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke,sama jer! Anda minum Caffein,bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


10. Di India,negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak,ish2..Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga-serangga perosak tu,heheh..


Syarikat Coke juga 100% dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi. Jadinya sekarang ni,tepuk dada tanyalah perut,sama ada nak nak minum atau tidak(sebabnya usus kita dalam perut tu bakal lebur kalau kita selalu sangat minum coke,hek2.. Fikir-fikirkanlah,hum..)


Jumaat, 12 Disember 2008

Syarat-syarat Nak Buat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Lelaki itu dengan tidak sabar-sabarbertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Akal dan Nafsu

Yang pertama-tamanya marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah Ta'ala kerana kita semua dilahirkan dalam keadaan sudah dianugerahkan akal dan nafsu. Kedua-dua perkara tersebut amatlah penting bagi manusia. Kalau kurang satu je daripada kedua tu pun da susah dibuatnya kita. Cubalah bayangkan kita dilahirkan dalam keadaan tidak berakal,alamatnya jadi orang tiga suku la kita(orang gila la). Kalau tak ada nafsu pun sama la juga. Hidup pun cam zombi jek,apa yang dilihat semua tak membawa makna bagi diri kita.


Orang hulur kek ke,mee goreng ke,pizza ke,semua bagi dia cam tengok batang kayu je. Tak rasa apa-apa pun. Kalau ada nafsu tapi tak pandai kawal pun masalah juga. Semua yang dia rasa nak dia gomo je,yang penting kehendak nafsu dia tercapai. Tak fikir da halal haram makruh sunat ke apa semua,yang penting dapat. Ish2..ni la yang orang kata binatang bertopengkan manusia. Ye la,da kalau hidup ni nak puas nafsu je,kan sama je ngan binatang tu. Dorang kan hidup tak diamanahkan apa-apa,maka boleh la nak ikut suka je apa nak buat.


Dalam Qur'an kalimah akal diulang sebanyak 29 kali. Tapi bukanlah semua kalimah tersebut bunyinya akal juga,akal tu disebutkan dalam perkataan lain tapi para ulama' menafsirkannya sebagai akal.(paham x nih? x faham kontek penulis) Antara ayat Qur'an yang menyentuh tentang akal ialah firman Allah yang mana ertinya:-


"Padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar kalam Allah(taurat),kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya,sedangkan mereka mengetahui(bahawa perbuatan mereka itu salah)?"

(Al-Baqarah:75)


Kalau kita bandingkan manusia dengan robot,atau manusia dengan binatang,sebenarnya tak adalah jauh berbeza sangat pun. Manusia ada kaki,robot pun ada kaki,binatang pun ada kaki. Manusia ada kepala,robot pun ada kepala juga,macam tu la juga binatang,lebih kurang je dorang semua tu(cam la penulis bukan manusia juga,hu2..)


Cuma yang membezakan antara mereka semua adalah akal yang dimiliki oleh manusia. Akal yang dimiliki oleh manusia tidak dimiliki oleh binatang,robot,kayu,batu dan sebagainya. Dek kerana akallah manusia dimuliakan,oleh kerana akal jugalah manusia diagungkan. Lihat,betapa besar pengaruh akal pada manusia.


Tujuan utama akal dikurniakan pada manusia adalah untuk mengenal Allah S.W.T,mengenal rasul-rasulnya,mengenal kitab-kitabnya dan pelbagai lagi ilmu-ilmu islam yang perlu diketahui sebagai landasan pada manusia untuk terus kekal berada di jalan yang lurus yang akan membawanya pada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


Kita semua dilahirkan bukanlah sekadar memenuhi muka bumi Allah Ta'ala,juga bukanlah sekadar untuk bersuka-ria memenuhi nafsu syahwat dengan membuta-tuli,tapi kita dilahirkan membawa satu amanah yang perlu kita laksanakan. Satu amanah yang mana satu ketika nanti kita semua akan disoal kembali tentang amanah-amanah tersebut. Firman Allah Ta'ala yang mana maksudnya:-


"Dan(ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku".

(Az-Zariyat:56)


Nafsu juga merupakan satu anugerah yang amat bernilai bagi manusia. Dengan nafsulah manusia dapat memahami apa yang dikatakan nikmat,apa yang dikatakan lazat dan apa-apa lagilah yang menbawa kepada rasa 'best'. Dengan nafsu manusia dapat merasai lazatnya ayam bakar,dengan nafsu manusia dapat merasa manisnya teh tarik mamak,tapi dengan bantuan lidah la,kalau tak ada lidah tak dapat juga nak rasa apa-apa.


Tapi kena ingat! Secara garis besarnya nafsu memang akan membawa kita pada kejahatan dan kemaksiatan. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:-


"Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan".

(Yusuf:53)


Adapun nafsu manusia itu mempunyai tiga tingkatan iaitu:-

1.Nafsu Ammarah iaitu nafsu yang membawa pada keburukan

2.Nafsu Lawwamah iaitu nafsu yang mencela

3.Nafsu Mutma'innah iaitu nafu yang tenang lagi tenteram

Perbezaan antara nafsu dan akal itu amatlah besar. Nafsu sentiasa menginginkan kenikmatan tanpa mengira batasan syara' manakala akal sentiasa membawa manusia pada perbuatan yang rasional,yang mengikut landasan syara'. Di situlah terletaknya fungsi akal. Sentiasa mengawasi nafsu agar sentiasa menuju ke arah kebaikan. Ibaratnya nafsu sebagai anak kecil yang buas dan akal sebagai ayah yang sentiasa menjaga anaknya dari apa-apa perkara yang membahayakan anaknya.

Sebagai kesimpulan,kita perlulah memastikan agar nafsu kita sentiasa menuruti akal. Kita perlu mendidik nafsu sehingga segala kehendak nafsu akan seiring dengan akal,seiring dengan landasan syara'. Moga-moga segala mujahadah yang kita lakukan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

Wallahu'alam..




Khamis, 11 Disember 2008

Nasyid Memory The Zikr


Mesti ramai yang kenal dan biasa dengar album ni kan? Kalau kat rumah penulis boleh kata hari-hari la Si Muntaz tu buka nasyid nih(ahli bait penulis),kebetulan pula 'sound system' komputer dia tu memang gempak,jadi memang asyik gila la dengar. Pendek kata memang menjadi siulan muda-mudi di rumah kami nasyid-nasyid dalam album tu. Tapi memang best betul la,"aku tak tipu nih!",kata hati penulis,hehe..


Kalau korang nak tau nasyid-nasyid dalam album ni sebenarnya nasyid-nasyid dalam album The Zikr lama(album Raihan yang mula-mula,masa tu nama album dia The Zikr) tapi dia popularkan balik. Nasyid-nasyid tu ditambah-tambah la dengan alat-alat muzik nak bagi lagi best sebab masa album The Zikr lama dulu nasyid-nasyid nih tak de muzik langsung. Masa tak ada muzik dulu pun sedap da dengar,tu yang bila dah di tambah dengan muzik jadi berganda-ganda bestnya tuh.(Penulis teringat lagi masa tu darjah bape tah,selalu dengar dalam keta,abah pasang nasyid The Zikr lama..teringat kat abah la plak,da la jauh ngan dia skang,huhu..sedey..)

Antara nasyid yang paling menarik ialah Perantau sebab dia kisahkan kami yang sedang berjuang di sini. Di kisahkan mereka yang sedang merantau terpaksa mengorbankan rasa rindunya pada ibu bapa,anak bini(klau de la) dan sebagainya demi melihat islam di julang tinggi suatu hari nanti. Nasyid-nasyid dalam album tersebut memang syahdu di dengar dalam masa yang sama turut membangkitkan semangat kami untuk terus berjuang demi ilmu yang bertebaran luas di Bumi Anbiya' nih.

Yang lain-lain korang dengar sendiri la eh,nanti da cita semua tak mahu dengar pulak korang,huhu.. Sebagai kesimpulannya nasyid-nasyid dalam album ni memang bagus la untuk pembangunan jiwa dan keinsafan diri(merujuk pada nasyid Air Mata Keinsafan). Jadinya penulis menyeru kepada pembaca sekalian agar sama-sama la korang bertebaran di muka bumi Allah Ta'ala ni untuk mencari nasyid nih kat komputer sape-sape sekaligus menyedutnya ke dalam 'usb' untuk diperdengarkan di komputer rumah masing-masing,haha..(teruk aku kena klau Ustaz Nazrey tau nih,tau ciplak je,pastu sape nak beli album dia,huk2..)

Rabu, 10 Disember 2008

Alahai Mak Cik Rosnah..



Dengarnya...: Akhirnya Rosnah mengaku kahwin


CIK Normah kadang-kadang hairanlah kenapa artis kat Malaysia yang suka kahwin senyap-senyap tapi tak nak mengaku. Kenapa susah sangat ke nak mengiyakan sesuatu perkara yang sudah terang lagi bersuluh? Yang Cik Normah nak cakap ni mengenai pelakon dan pelawak, Rosnah Mat Aris. Kesian kat kawan-kawan Cik Normah yang diarah untuk mendapatkan kenyataan Rosnah, 53, berhubung perkahwinannya dengan seorang lelaki muda berusia 27 tahun bernama Tajul Effendie, yang mesra dipanggil Blue.

(Berita tersebut di petik daripada surat khabar Berita Harian,khamis,11 Disember 2008)



Rosnah Mat Aris kahwin! Apa agaknya persepsi awal pembaca sekalian apabila mengetahui berita tersebut? Kalau penulis mula-mula sekali fikir macam manalah lelaki yang masih muda perkasa tu boleh rasa nak kahwin dengan Rosmah dan penulis pasti pembaca sekalian pun merasakan sedemikian. Macam-macam andaian timbul dalam kepala nih. Tapi walau apa pun perkara yang dilakukan tu bukanlah perkara yang tidak elok malah meneruskan sunnah junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W.

Cumanya rasa sedikit aneh melihatkan perbezaan umur yang agak ketara jauhnya antara mereka berdua,kalau lelaki tua dan pasangan dia tu muda boleh kata perkara biasa tapi ni perempuan yang tua dan pasangan dia muda. Setakat pengalaman penulis,lelaki kalau masa umur-umur macam tu memang rasa nak kahwin dah tapi dengan perempuan yang muda remaja la,bukan yang dah berumur.

Kita pun sedia maklum dengan kenyataannya sebelum ini dalam sebuah rancangan hiburan yang di katakan menghina Siti Khadijah,isteri Nabi Muhammad S.A.W yang mulia,na'uzubillah.. Kita doakan semoga dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan Allah menerima taubat dia. Apa pun 'mabruk alaik' diucapkan pada Rosnah Mat Aris dan dan suami barunya,mudah-mudahan mereka sentiasa dirahmati Allah serta kekal bahagia sehingga ke anak cucu,huhu..

Mari Berubah

Selalu terdetik di hati,"bilalah aku nak berubah","bilalah aku nak istiqamah semayang tahajud","bilalah aku nak jaga semayang jemaah lima waktu kat masjid",semua persoalan tersebut hanya mampu di jawab oleh diri kita sendiri. Yang menjadi masalah ialah sejauh mana kita boleh mengorbankan segala kehendak nafsu kita yang sentiasa ingin hidup bersenang-lenang,berehat-rehat tanpa memikirkan amalan yang bakal ingin kita persembahkan pada Allah si empunya akhirat.


Sudah siapkah persiapan kita untuk bertemuNya kelak? Rasa cukupkah kita dengan amalan-amalan kita selama ini untuk membeli syurga Allah? Penulis sendiri merasakan amat sedikitnya amalan-amalan yang dilakukan saban hari. Masa lebih banyak di habiskan dengan perkara-perkara yang tidak membawa kepada manfaat. Kesedaran itu ada tetapi sukar untuk mengaplikasikan kesedaran tersebut untuk berubah seratus peratus kepada 'insan baru'.

Perubahan diri yang sepenuhnya hanyalah dapat dilakukan dengan mujahadah yang tinggi serta keazaman yang mantap. Oleh yang demikian,penulis menyeru agar pembaca sekalian sama-sama merubah diri agar menjadi 'insan baru' yang mempunyai disiplin hidup yang kuat. Marilah kita sama-sama mengejar cinta Allah sekaligus meninggalkan cinta duniawi agar kita dapat bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Mudah-mudahan perubahan yang kita lakukan akan menjadi pemberat timbangan kita di akhirat kelak InsyaAllah.

Secebis Kalam

Terasa banyak waktu-waktu yang dilalui terbuang begitu sahaja. Atas sebab itulah juga terdetik di hati penulis untuk menghasilkan sebuah blog yang mana isi-isinya dapat membangkitkan semangat,menambah thaqafah,serta menginsafkan si pembaca. Walau terasa kerdilnya diri ini untuk menghasilkan blog yang sedemikian rupa tapi penulis tetap menguatkan semangat dan tekad untuk maju ke hadapan tanpa menghiraukan kemungkinan-kemungkinan yang bakal mendatang.


Sebagai muqaddimah sudilah penulis menyeru agar-agar pembaca sekalian dapat meluangkan masa selepas daripada ini untuk selalu melawat blog penulis sebagai bacaan ringan yang InsyaAllah dalam masa yang sama dapat membuka minda dan menambah rasa ketakwaan kita pada Allah S.W.T. Akhir kalam,sentiasalah menjaga diri daripada maksiat dan tingkatkan amalan harian dari masa ke semasa.

Salam Perjuangan...